Tuesday, 10 April 2012

Tak Bertajuk

Hai. salam semua ! wah,, yakin je macam ada org yang rajin baca blog kau najla, perasan sangat la kamu ni yer... masih di UPM, masih sibuk dengan tugasan padahal sebuk on9. masih ada misi, masih hamba Allah yang leka. masih banyak yang perlu diselesaikan. masih dan masih !!. minggu ni sangat bosan, tapi terubat juga 2 hari weekend dgn si baju biru itewww.. dapat tengok muka kekasih gelapku sudah legaaa tekanan dalam U ni, whoaaa ! kekasih gelap? harusla,, kulit beliau gelap, jadi panggil la kekasih gelap. heee, suke tak terkata, kekasih gelap balik semenanjung untuk kursus supply kat kinrara, padahnya dekat la ngn U aku, padahnya aku nak haloo haloo tiap2 minggu suh mai UPM, tapi jgn nak berangan sgt, tempat baru maka boogey lagi... yeyeh lagi,, ow yeahhhh !!.. folow like buffulo la labu. lagi cool aku leyh cakap aku nak tolong carikan girl utk yeyeh beliau, since dak2 UPM pon ada yg boleh angkat p, tapi tak mau la masuk saham, dosa dah banyak,takoot woo,, padahya pulak nanti aku di chop gadis tak bermoral supply girl utk yeyeh bf sendiri,, i dont want !!. apa pon semoga semua runnng smoothly

kisahnya tentang aku, cuti konfem dapat tugasan baru, dah last sem pon, nak say babai kat UPM lepas ni, ceh sedih juga,bukan sedih apa, sedih kenangkan aku dah tua, rasa macam baru 17 tahun tapi da 23, damn !..pejam celik kejap je dah 23 tahun hidup, pahala tak seberapa, dosa banyak la, haizzz,, bila nak berubah ni, nak jadi pmpuan solehah laa, tapi,, erkk,, payah benor la,, solat pon asik lompong, puasa asik lupa nak ganti, cam mana neyh, haiz,, syaiton ni rojimm ni jahat la, tak bagi aku nak wat baik,, hehee.. ape pon, nak cepat kawen, dapat bina kehidupan yg baru mcm nice je,, yup nak cepat kawen, doa-doa selalu untuk ke arah itu. benda baik patutla di percepatkan.

apa nak cakap sebenenarnya ni.. takda kot,,hurmmm
ok babai..?
salam

Sunday, 18 March 2012

its to hard ... so much pain


sedangku membaca wajahmu
senyumanmu menggambarkan sesuatu
jika kau fahami isi hatiku 
ku tak ingin waktu henti tanpamu

dirimu menyalahkan semua erti
tapi diriku masih  terhenti disini
dan jalan ku masih ku dapat ku pasti
namun diriku terhenti disini,

andaikau dapat memahami
bahwa ku menanggung semua ini
bukan niatku ingin kau pergi
kerna aku masih terhenti disini

whoaaa.... sikit lirik lagu dari lagu Asfan "Terhenti Di sini"...lama tak update blog tetiba update lagu ni pulak kuar kan, cam mana tuh, hurm. lagu yg simpe untuk discribe my feeling right now. ok najla jgn nak banyak sangat cakap pasal peribadi !! remind !

tapi nak cakap juga. mesti ada yang jelak nak dengar sal military life n so on. termasuk aku, aku pon cam muak2 juga la. tapi telan je la labu, ok selama ni, aku rasa macam ok je kalau LDR... (Long Distance Relationship) .. dan aku mmg ok. 

dengan bangga dengan diri sendiri aku akan cakap,ok... i will be ok. becinta je pon, belom kawen tak payah nak semangat sangat la kan. tapi lama kelamaan aku sikit jelak dengan army life yg buat aku terfikir "Oh Macam Ni Ke" .. bagi yg military partner die tau la ape maksud aku kat ayat tuh, benda ni aku sedar since my partner masuk unit die dan mula bekerja, minggu orientasi la macam tu, tapi rasa macam bukan minggu orientasi tapi bulan orientasi sebab dah makan bulan pon.

hate yeyeh so much. ya yeyeh, tradisi military. ape yeyeh? tak payah tau laa,, tak mengembangkan minda kalian pon kalau tau part ni, military partner mesti tau, oh tersiksa nya batin setiap kali ade yeyeh ni. once time terfikir, mereka angkat senjata untuk tewaskan musuh, leader yang juga tak kan menyerah kalah, tapi kalah di sisi lain. 

hurmmm.. thinking




Friday, 3 February 2012

Kahwin Muda (dari mulut aku yg lezer)

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 

Jadi, mengapa berkahwin? 

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. 

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. 

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. 

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. 

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. 

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. 

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. 

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. 

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? 

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. 

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. 

Tapi cuba fikir, perlu tidak? 

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? 

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. 

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. 

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding? 

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. 

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. 

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. 

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? 

Harga lampin pakai buang? 

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? 

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. 

Pening!! 

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. 

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. 

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. 

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. 

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. 

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. 

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. 

Buat apa menyusahkan suami? 

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. 

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. 

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. 

Berkahwinlah! 


PENDAPAT PEDAS DARI AKU




psyko gak minah ni,,ada yg betul~~benda ni terpulang la pada individu...kalau rasa mampu,,,buatka atas kemampuan...yg jadi masalah bila kau tak mampu,tapi ko nak takek jugak,,,sakit la lepas kawen,tak ukur baju kat badan sendiri...jadi la masalah,,,cara minah ni cakap macam la semua yg wat wedding ribu2..becerai berai,,tak bahagia,cerai berai tu atas Allah la,,panjang ke tidak jodoh kite,,mcam mana kita jaga

dah ko stdent..takda duit,.mmg la kawen mcam tuh,,cuba lau ko ada duit,,aku ingat,,,takda ko nak akad je~~tak payah nak menipu diri laaa~~...kawen pon ada hukum dia..wajib,harus,sunat,haram~~tu pon tak kan tak tau~~ko rasa dengan kau yg tak mampu masa tu,means laki ko laa,ko kawen...kat mana hukum ko??pegi bukak kitab munakahat laaa

kawen cara melayu atau cara islam??eh...kalau melayu konfem islam la..lampi jugak kau ni.aku paham la maksua ko,,,nak cakap yg hukm utamakan benda wajib~melayu pada adat,,p statment ko ni,,dah macam nak kata ada melayu yg tak islam~~ni mesti tak belajar teori islam ni,,,,

pokok pangkalnyee~terpulang la pada individu.,,kalau kau mampu,,go on~~asalkan jgn membazir-bazir..kalau tak mampu,,buat sekadar yang mampu.selagi tengkuk laki ko tak tejerat~~ok laa

suami bukan utk dibebani tapi utk disenangi..isteri bukan utk dibeli,,tapi dikasihi,,,kau tau ke tidak dah kawen ko ni atas tanggungjwb laki ko??..mmg dan jadi satu beban atas kepala laki ko,,,isteri bukan utk dibeli,,ko tau tak dalam islam mas kawen itu wajib???ape ke lampi otakk ko ni~~~sape ajor kau pakai beli2 segala ni~~tu mahar tu~~cenderahati suami utk ko??paham??

Buat ape duduk macam tunggul depan org??..ngekk jugak ko ni,,,ko tau tak kawen tuh,,memang perlu dihebahkan,,dan ko mmg la kana tayang muka,,biar org kenal,,ooo,,ini yg kawen,,lau ko kawen menyorok dalam bilik,,,org tak nampakk,,org tak kenal,,,lepas tu ko keluar bekepit ngn laki ko timbul fitnah~~adoy lampi 2 kali la otak ko~~yg jadi masalah ko duduk atas pelamin pakai baju nampak lurah dada~~tu yg masalah reti??

ape pon aku paham la maksud ko,,,yg cos kawen skrg wat ramai org garu kepala pk,,macam mana nak kawen dengan harga macam ni,,sebab tu kena simpan duit...tak dapat banyak sikit~~asal ada,,,bukan kanwe FREE!!~~benda ni akan ajar ko laki bini,,menyimpan,,,nampak tak??adat pon mendidik supaya ko belajar menyimpan,,menabung~~~reti??kalau ko dah gatal sangat~garikkk...ko tahan nafsu~~puasa!!

 Ini juga suatu isu. Ada golongan berpendapat, janganlah diambil hadis tentang anjuran berkahwin itu sekerat2. Sabda Nabi s.a.w : " Wahai pada pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, kerana kahwin itu boleh menjaga pandangan dan boleh menjaga kehormatan. Jika kamu tidak mampu maka berpuasalah, kerana pada puasa itu ada penjagaan ".

ni mesti ko amik yg part warne biru je kan???...lampi 3 kali la ko ni~~~heheh,,,mintak maap la bebanyak lau bahasa aku agak sengal p kalau nak tau lagi banyak pasal kawen. tengok je la kat link ni~~
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=16543.0


Wednesday, 25 January 2012

Pasrah dan Redha (Kuching Version)

salam.  haiyoo,, dah dekat seminggu aku cuti semesta sejak pulang dari rumah pensyarah aku kat equine park utk setelkan tesis aku,,alhamdulillah aku dah submit tesis,,tapi masih tak gembira sebab aku tau tesis tu akan dikembalikan untuk pembetulan. huhu.

ok berbalik pada topik tu, ye macam scary je la, pasrah2 bagai ni ape ni najla.huhu,,ekceli..2 minggu lepas adalah minggu exam. dalam minggu exam tu aku dah mla tergerak hati nak tanye zul die akan posting kat mana. sebab aku dapat rasa yg rsult mesti dah dapat tau. tapi zul asik bedalih2 cakap tak tau lagi posting mana. jadi aku pon malas nak tanye banyak biar die la yang cakap if die nak.

aku abis je exam 12 jan tuh,aku terus tepon incik cinta dan tergedik2 tanye dia posting mana,,semalam tu aku macam tak sedap hati sebab tengok kat batalion zulu macam zul dah dapat tau die posting mana. (aku curik2 tengok fb zul,,,kuang3),,

balik tu,,zul pon cakap die dapat posting kuching serawak,,jadi aku hampir pengsan kejap dengar berita yang tak berapa nak sedap didengar, sebab ramalan kami,,maybe akan posting kat base subang atau johor, sebab zul ada cakap 2 base tu belom ada orang. tup2 naik nama kat kuching, ok aku sentap kejap, mood n moral terus down,,aku dah mula pk bukan2..risau sume lah ada. untuk hari tu je kami bergayut dekat 5 jam bincang psal benda ni

maybe aku mmg tak sangke dia akan posting sana, dan mmg tak sangka, dia sendiri tak sangka, jadi macam terkedu sekejap,masing2 dalam mood yang tak bagus, tapi zul sangat la bijak dan kenal buah hati die ni, aku abiz exam baru dia cakap. kalau time aku tengah exam maulah aku sentap mak limah terus takde mood nak selak buku..

mula-mula dapat berita ni mcam la langit runtuh atas kepala aku ni ha. tapi lama2 rasa maca its ok. lagipon selama ni pon masa single aku ok je kesuyian.huhu, that mean aku mmg akan ok, cuma jrg la dapat tengok muka cinta hati ni depan-depan. tak kesahla zul posting mana sekalipon asalkan dia tau siapa dia dan siapa aku ni cukup la~~kan?? tak lari gunung di kejar..doa banyak2 sume akan ok. kalau depan mata pon hati kat lain watpe kan,baikla tak kat depan mata tapi hati bersama~~(eiiiii,,geli je ayat ni)....huhu

masa tengah kalut2 cakap pasal dia nak posting serawak dan aku yg mula nak moody2..beliau terlepas cakap "ok..ok...macam ni kita ikatla syg..senang,,,sama2 tak risau"

ahh,,,,senyum kejap la aku masa tu,,tapi zul tak nampak,,kihkihkih,,,,jadi sambung merajuk~~lalalal....kadang2 rasa bersalah ada jugak,,aku ni p la moody2 ngn dia sebab berita ni,,padahal zul sendiri super duper stress sebab dia yang nak kena pegi. tmbah gf lak tarik muka..haizz mintak maap ye cyg~~kuikuikui....im ok now,,,,tak yah risau nak tinggal saya~~wink~~^^

jadi dalam aku tekanan ni,,malas la nak kacau zul,aku pon meluahkan perasaan kat my sista,,,ok dia gelak kan aku giler2 bila aku beritahu benda ni..p satu ayat dia bagi yang buat aku pk 3.4 kali adalah "since bf ko army ko pon kena la strong macam army jugak,,its training 4 you."...

so bersyukur la najla,,untung zul ni askar,posting kat base yang ada segala kemudahan. cane kalau zul ni cikgu posting pula kat rumah panjang kat sarawak tu yang takde line tepon. g keje naik sampan,,cane??tak ke haru kau najla??...jadi apa pun jarak bukanla penghalang kan. yang penting kita sama2 jalankan tanggungjawab masing2.aku blaja sungguh2..n zul keje elok2

zul ada cakap dengan aku yang "its ok syg kalau jauh pon nanti kalau dah kawen kita akan rasa puas sebab susah payah kita akhirnya membuahkan hasil n rasa lebih bermakna"...jadi apa?....masing2 jaga bahagian masing2 suma akan ok.

jadi ni merupakan satu ujian yang perlu ditempuh dengan tenang dalam satu hubungan~~~=).....jadi aku kembali normal dari mood yang haru biru tu,, untuk hubunagn jarak jauh ni..ape yg penting, jujur, dan percaya dan doa~~

hope everything will be fine~~


Thursday, 29 December 2011

Inilah Cinta


Lagu ini mengingatkan saat mula-mula nak bercinta dulu
hahhahaha
maluuuuuuu tapi mahuuu....
hahahha,,,choi!!



Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta

Oh incik cinta, teringat pula masa mula-mula awak nak tackle sy dulu,,nak tegelak pon ada kalau ingat....apapon.....jawapan sy adalah ILYT..dan tak kan berubah......

Panggilan Di Pagi Hari

salam 1 malaysia
ohhh,,,,aku nak update pasal pagi tadi aku dapat satu panggilan...lebih kurang pukul 10 lebeh la macam tu. aku masih di ulit mimpi lgi, dan dan henpon aku yg dah uzur sangat tu menjerit-jerit.....

heh sape lak tepon pepagi lagi,,,nak kate abg askar,,rasanya dia tengah rebus otak kat padang kawad....

dalam mamai aku pon tengok numb kan skrin henpon...sah no aku tak kenal.....jadi apa??...aku yg tengah mamai..terus bangun terpacak atas katil......apakah penyelia aku yg tepon,,sebab numb tu depan dia 89...sah numb pejabat fakulti...atau mana-mana pejabat di UPM....

mampuih la aku macam ni,,,,lau aku angkat mesti penyelia  aku akan bagi ayat macam ni

cik penyelia budiman : heh najla!!,,,,mana fyp awak!!,,kenapa tak hantar lagi??,,awak nak buat pekasam??ke buat bungkus nasik lemak?...letak kat rumah bagi adik baca?...eh awak ingat saya ni tak hadooo kerje ke,,,paham la, dah patut hantar tu hantar la!!!!....
me : bukan dr.....arituu,,saya p bilik dr,,,dr tak de,,,lepeh tuu,,sy tengok dr macam kalutt semacam,,st tak mau la ganggu dr,,suh baca tesis sy....sy risau kot dr kena serangan jantung baca tesis sy ni,,,,jadi sy fikir baik la bagi masa dr tengah sehat..heh.....

dalam aku mengalamun panjang tuh,,tetiba henpon aku dah berenti menjerit,,,maknanya,,,aku la yg kena tepon balik numb tuh~~

aku tepon sumula,,numb bz~heh.....pulakk,,,

oh aku baru terinagt bahawasanya semalam aku ada bagi no tepon kat abg perpustakaan pasal,,aku ada masalah dengan akaun library aku,,n dia mmg nak cakap,,akan tepon aku pagi ni,,untuk beritahu perkembangan terbaruu~~~

choiii!! dak najla ni!!

zzzzzz

siapkan la tesis kau najla!!!!~~

Wednesday, 28 December 2011

Romantika At Mamak

di suatu pagi yang damai, di temani unggas-unggas. aku melangkah turun dari blok aku yang sekali pandang tak ubah macam rumah flat pekerja Indonesia. jalan cepat skit najla, jangan nak macam princes sangat!!

huh, saga putih menanti, dan aku jengah betul-betul pemandunya, ye sangat dikenali,maka tanpa di pelawa aku masuk dalam kerete. sila jengah dulu sebelum melompat masuk, tak nak pisang berbuah dua kali dimana aku pernah tersalah masuk kereta orang, lalu terpaksa aku memberi salam dan keluar balik dari kereta itu, dan berlalu menuju je kereta sebenar dan kejadian itu di perhatikan pemuda, padahnya gadis hanya menjadi bahan yang enak untuk di gelakkan sepanjang hari,,,,,

jadi berhati-hati!....

pemuda : kita nak makan mana arini
gadis : dont knnow
pemuda : hurmmm....oklah macam biasa la, abg buat keputusan nak makan mana
gadis : (senyum kambing)

lalu kereta putih meluncur di jalan raya...atas permintaan gadis tak pakai shawl tapi pakai tudung bawal, sebab pemuda kata, gadis hudus pakai shawl,,muka bulat macam telur, lagi ayu pakai tudung bawal, jadi,,hanya menurut perintah.

dan ku rasakan diriku ayu,,,auuu!!

kereta berenti di depan kedai mamak. 

aku bermonolog dalam hati 
(mamak lagi)

dengan bersahaja kami duduk di meja yg atasnya ada kipas...

mapley  : makan apa?
pemuda : roti kosong 2
mapley : melihat ke arah aku,,,,,
gadis : erkk,,,,roti kosong 2 jugakk....(hakikatnya aku sangat lapa waktu itu)
mapley :air?
gadis dan pemuda : serentak menyebut "teh tarik"
mapley : baguss haaa,,makan sama,,minum samaaa

ape-ape jelahhhh

dan lepas hidangan sampai gadis dan pemuda makan sambil berborak2,,,,oh,, roti kosong sangat liat,,,,rasa macam makan pemadam~~

dan aku suke memerhatikan orang, jadi tengah-tengah makan aku nampak satu family ni datang dan duduk di belakang kami

mapley datang tanpa di panggil ke arah keluarga itu,,,,,

mapley : minum apa?
seorang lelaki menjawab yang aku syak adalah bapaknya
bapaknya : milo O beng
mapley : apaaa?
bapaknya : milo O beng (dengan nada yang lebih kuat)
mapley : oooo,,,milo O beng,,,,ok2

aku tengok pemuda depan aku ni sengih2 kat aku sambil cakap

"kamtoi KERLAMTAM"

Heh???



Tuesday, 27 December 2011

Bosan di Malam Hari

salam.

baru lepas makan nasi lemak. Jadi tengah kenyang. Nak update blog la, kesian aku tengok blog ni.
hurmm, celaru juga, fyp aku masih tak setel-setel. dah berhari-hari aku mengadap benda ni. macam mana nak bagi siap cepat ni. ohh....jiwaku terganggu.

masih bermalas-malasan atas katil,oh najla sila cepat berubah!. masa berlalu tanpa menunggu kau sedetik pon!
motivasi diri sendiri. well tak da apa nak cerita

ok, tadi aku bukak laman sosial FB, aku tengok la pic sorang kawan aku ni, actually bukanlah kawan rapat sebab, aku tak pernah jumpa dia pon, kenal pon dalam FB, dulu dia bercintun dengan classmate aku masa aku form 6. lepastu putus sebab jantan tu lahabau sangat. hahhaha. well aku pon stat kenal-kenal dia dalam FB. Jadi layan punye layan, otak pon lebih kurang je kan.

nak di jadikan cerita minah ni dah bertunang dan tunggu masa nak kawen je, tahniah aku ucapkan. awal-awal dah ucapkan tahniah ni ape hal najla!

aku syak. dia putus dengan pakwe,,salah ex pakwe dia dulu sebab minah ni tak cun macam gelpren baru dia,,tu dia putuskan minah ni. bodo kan jantan ni kekadang. maklumla, masa tuh,,memasing baru masuk U, konon banyak pilihan lain la kan.

berbalik pada minah ni tadi, aku rasa mmg bodo la x dia g putuskan dia, sebab makin lawooo pulak aku tengok sekarang ni, natural beauty gtu,,,takda adobe segala, aku lemas tangok pmpuan adobe muka segala ni, lau dah huduh tu huduh je senah, tak payah menipu orang menipu diri!!,,,miahahah,,ayat kejam. takda la kan, nak di jadikan cerita, manusia ni kadang tak reti bersyukur dah dapat yg bagus nak bagus lagi, last2 sendiri yang gigit jari,padan muka!!

untuk kawan aku ni, copat2 la kawen, mesti kau makin meletop masa kawen kan. kekalkan keaslian wajahmu. aku akan memg folow kau lepas tuh~~haha
okbai

Saturday, 24 December 2011

Kau Sang Pendidik.. Dr NorMaliza Abd Rahim

salam....dan selamat menjamu selere~~heh??ape kena mengena???tak hadoo
minggu ni..maka lengkaplaa pengajian dan titian yg aku jalani dalam menimba ilmu semester ke 5 tahun 3
jadi ape yg aku nak cerita...tentang kursus yang aku ambil, wajib ambil BBM 3408, kesusasteraan dalam multimedia. maka aku diperkenalkan dengan pensyarahnya. Dr Maliza aka Dr Notts!!

banyak susah senang yg aku lalui la untuk kursus ini, setakat lebam mata tak cukup tido itu biasa, keja berkumpulan dan ye kami di latih untuk kerja berpasukan, sorang buat spoil semua kena. sorang buat taik suma kena jawab. jadi kadang2 dalam kursus ni, kite fikir tentang semangat satu kumpulan, bukan senang nak keja dalam kumpulan ni, ye bukan senang, tugasan individu senang nak dibuat tapi yang berkumpulan tak payah cakap la, masing-masing ada komitmen, memandangkan masing2 minor tak sama,jadual pon tak sama,nak cari masa yang semia free memang susah, 

lagi ganas mencatat rekod selama 2 tahun sentengah pengajian aku, keje kumpulan aku tak pernah bergaduh dan bertikam lidah, tapi kali ni yes aku bergaduh, sebab aku ni malas cakap-cakap belakang, dalam kejadian tuh, aku sorang je yang depend untuk mereka-mereka yang tak nak bersuara, ganas juga bunyikny mulut aku mmg lezer~~heh?, tapi, itu adalah satu cara yang baik juga,,sebab lepas meluahkan semua tak da yang disimpan dalam hati. masing-masing ambil ikhtibar. 

tu kawan sepasukan, pensyarahnya pula, Dr Notss,, kerja memang banyak, tiap2 minggu ada je keja dapat, jadi terima jela,,kelas dia lebih banyak kepada praktikal. kuliah agak kurang. macam-macam la yang di ajar,semua berkaitan dengan bidang multimedia. buat video, tangkap gambar, buat majalah, buat calender, adobe, dan blog ni juga adalah salah satu tugasan dia~~haaa,,bocor rasia!!!

Dr notts juga seorang pensyarah yang sangat sempoi, suka sangat style dia,,kadang aku tengok sikit ada macam kakak aku punye style. huhu. lagi satu, dia pon agak lawak, tu pon aku suka, cara dia yang sempoi tu dan cara dia bagi kuliah dalam kelas sangat rileks. tak da la skema. penuh dengan gelak je laa kelas dia. tapi jangan dilupakan, Dr Notts juga seorang yang terliti, satu bab masa. jangan la datang lambat kelas dia, sila patuhi masa,yang kedua, pakaian, dia juga tak suka pelajar nampak selekeh, kalau boleh pakai kasut sepanjang kelas, lagi aku tak tahan dia suh pakai high heel, lagi melaram lagi bagus katenya~~huhu

beliau juga boleh dikatakan lembut dalam tegas,  ya dia tegas, tapi beliau sangat bertoleransi, teringat aku waktu aku tak datang kelas dia, mati matilah aku ingat aku kena tolak markah, tapi lepas jumpa dia dalam bilik, dia mintak aku betulkan dan terangkan kenapa aku tak datang kelas dia dalam blog, huhu~~~


afzan, nik, adam, fateha,






afzan..muka penat, snap masa way video,,berminat??tak payah, tunang orang ni..


nik fazli. pelakon terhebat. poyo juga kekadang


sapa ni,,?pembaca berita RTM. Dr Jessica.


adam,  atas moto, kila awek adam, afzan

coursemate


banyak lagi gambar, tapi tak tau duk kat mana, mesti tertanye kan sape Dr Notts, nak kenal tengok sini


Buat Dr maliza~~terima kasih tak terhingga~~

Friday, 23 December 2011

final Ketrampilan Berbahasa BBM 3411


hasil kerja di saat akhir,...banyak aku spontan je,,tak hadooo skrip....miahahaha!!....tonggang tebalik aku wat pesembahan..dapat la naik 2 markah~~heh??banyak tuh....

2 pmpuan to cozmate aku. yg laki 2 senior aku,,die extand,,,sebab eksiden....huh,,,,dak palapes juga,,tu pasal la kekok je belakon~~miahaahhaha!!

jadi??,,malas cakap banyak,,sangat gedik lah aku yer~~~~

Cakap yang Tak Serupa Bikin

salam!!..hah!!....lama sudah aku tak update blog ni..kelihatan sekor dua cicak berasrama dana di blog yang tidak terurus ni..alasan?...bizehh!!..tido asik tak cukup je,,ade je benda aku nak kena wat...kepada penghuni kampus, study week dah bermula. cuti seminggu. rumet aku pon dah meninggalkan aku lepas subuh tadik. pulang ke kerlantam. jadi? aku sorg2 kat bilik. kenapa tak balik?, aku terlupa fyp aku kena hantar 25 dis..jadi? tak siap lagi. bagus najla~

berbalik kepada topik yg berbunyikk "Cakap Tak Serupa Bikin". aku mmg lemah betul lah kalau bab ni, hurm. setelah perbincangan yg berjuta kali, aku rasa dua belah pihak dah tau ape yg masing-masing patut buat. dah besar panjang gedabak. so tak payah lah wat mistake yg buat aku hangin berlada-lada. perkara yg membuatkan aku hangin adalah

dah cakap, sekian,,sekian..sekian,,,,tetiba cancel...dari zaman aku berhingus lagi aku mmg hot tempered pada benda yg di wawarkan ada pastu takde,,mmg la sesetengah perkara di luar bidang kuasa kita dan kita tak mampu nak memberi sebarang ketetapan. tapi ambil la pengajaran dari keadaan sebelumnya. benda senang je tu nak handle.next time jgn la duk gebang... tu pon tak tau. ?? nak kena ajar jugak??....haaa senah?? sapa nak jawan part ni. 

yang kedua.. aku mmg lemah sangat la,,,kalau aku kena ikut rules org tapi org tak nak ikut rules aku,, tu yg aku berapi. orang mmg akan nampak macam aku yg dominan, tapi tak pon. apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat dah di beritahu awal-awal, dan aku terima sebagai suatu perkara baik, perkara baik ni, ada alasan ke kita nak membantah?..asalkan hati rela kan?. jadi tak timbul masalah. jadi dari bahagian aku, aku pon ada rules aku...

itu perkara picisan, 

ini lebih membuatkan beta berang!!

contoh senang, adalah, segala apa benda yg berlaku, sila infom pada aku sediri, tak kira lah buat ape pon, benda salah pon, cakap dengan aku, sebab aku ni bukan kejam sangat, jangan aku tahu sendiri, jangan orang lain gtau dan jangan sampai aku tanye baru nak jawab.

lately. manusia yang bernama manusia, sering melakukan kesalahan-kesalahan yg bersifat buah jambu putik  tapi dah kena gigit.  kesalahan tidak boleh diterima akal samalah dengan buah jambu putik yang belum masak tapi dah kena makan.SANGAT TAK BOLEH DI MAAFKAN,tetapi atas budi biacara hakim, sudah di maafkan dan di maafkan,,dan di maafkan dan dimaafkan,,dan dimaafkan lagi, tapi apakah ertinya maaf kalau tak da ikhtibar yang nak di ambil??..kalau masih membuat kesalahan yang sama dan sama dan sama dan sama dan sama lagi. sila jangan buat aku give up.

u nak i ikut cakap u. dengan ayat yg berbunyi "sy tak buat benda yang sy tak suka awak buat".tapi hakikatnya TERBALIK..macam mana??...lepas ni,,kalau aku tak bincang apa-apa dulu sila jgn pertikaikan apa-apa. nampak benda remeh temeh macam potong kobis. tapi aku ni lain macam sikit. dari perkara akar sampai ke perkara ranting aku akan cakap. dan aku akan terus bercakap, kalau sampai tahap, aku dah tak bercakap pape lagi tu,,,,,,paham-paham sendiri..dia dah bertukar kepada keadaan "lantak kau lah"...dan sila jangan benarkan keadaan "lantak kau lah" ini terjadi. ia sangat berbahaya.jadi silalah jangan buat kesalahan di tahap aiskrim cair. yang memang dah tak boleh nak di jilat lagi,,hirupp aje..(sila abaikan perumpamaan yang tak logik ini). seperti juga nasi yang menjadi bubur, (perumpaan ini aku rasa waras)

sampai ke tahap ni, aku rasa aku dah banyak meninggalkan gaya hidup tak sihat aku yg dulu, kawan lelaki yg lebih dari kawan perempuan.?apakah?. tak komited, selfish, meterialistikdan akhirnya berubah, kepada perubahan yg lebih baik. dan aku juga percaya, manusia yang bernama manusia ini juga telah cuba melakukan tranformasi. tapi....haa ayat ada tapi cikgu aku cakap sangat tak bagus

tapi.....masih ada masalah yang di tahap jambu putik tu laa,,,,aku benci betul,,,,untuk kesalahan yg kali ni,, mmg tah kena angin aku nak update kat blog,,,mb dah penat nak bercakap benda sama dah kot. jadi...ikutt laaa.....malas nak pikiorr...tulis kat sini untuk mengurangkan salah satu tekanan..

sekian ..


Thursday, 15 December 2011

Sunday, 11 December 2011

pejam dan celik

pejam celik dah nak abis sat semester ni...hurmm,,,,lama dah rasa tak update blog ni,,tak de cerita la,,,bukan kot,,aku rasa aku yg tak ada mood nak menulis,,,hahah!!..lagipon skrg tengah berjinak2 main code katdesign....tapi hampehh jugakk aku punye blog,,tak cun juggaakk~~hah!!.....hurmm,,so apa aku nak cakap,,,,,,tak da apa~~~
esok2 la aku sambung.....heeeee

laman sastera

http://tamansastera.weebly.com/

tugasan yang entah keberapa,,,,

admin cakap ~~just enjoy the website~~ ok??

Thursday, 24 November 2011

Cik Putih II

hurmm....malam ni,,insyaAllah akan di kuarantin....hehhe,,kesian nye bunyi,,,,jadi lebih kurang 3 hari aku tak ada kat kolej...untuk hujung minggu ni,,,,

takpelaaa,,,zul pon bukan ada,,,,hujung minggu pon duk bilik juga

heheheh,...jadi awal2 pagi lagi aku dah bangun~~mandikan cik putih~~hurm....maklom la,,,haiwan perliharaan warna putih kan,,lau tak mandikan,,,,nampak sangat kotor,,,,

so lau aku nak pelihara haiwan,,,tak nak la warna putih...cepat je nampak kotor,,,,

pehall rajin sangat kau najla,,,,,bukan rajin ye,,sebab aku tak ada 3 hari,,so biarlah,,,cik putih selesa dah di mandikan,,,kang tak mandi~~~selebett je nampak~~kawan2 pon tak nak duk sebelah dia~~siannn cik putih~~

minggu depan insyaAllah,,zul boleh lah kot outing~~jadi dapat la,,dia manja2 dengan tuan dia~~hahahakk~~

kat body cik putih pon dah ada stiker...menandakan dia warganegara UPM...kerakyatan tak tetap....2.3 kali juga aku ke  keselamatan nak dapatkan ic si putih ni~~~hahahah...

hurmmm..babai cik putih 4, 3 dayss~~

Wednesday, 23 November 2011

Aku Tak Biasa...;(


dedicate to : Mohamed Zulhilmy Bin Mohamed Zulkifly
;(







Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku

Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu
Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu
Aku tak biasa, aku tak biasa

Ku cuba untuk terus berlalu
Dari hatimu namun tak bisa
Bayangan itu sering mengganggu
Dari tidurku, ku menangis



hekkkk??,,,,ape ke heyyyy ko najla~~hurmm....
bukan salah aku,,,sila salahkan rumet aku yg pasang THR gegar memalam ni
terganggu emosi ku ini~~~
huh

Escape And Evasion

salam, hurm,,,,zul dah mulakan E&E dia...pukul 4 petang tadi dah kena kuarantin dalam sangkar....(sangkar??kasihannn)..aku...agakla risau, walaupun cuba buat-buat tak  risau dan seperti malas nak fikir..E&E dia akan beroperasi selama lebih kurang 3 hari, dan ini merupakan latihan ketenteraan terakhir untuk dia, 

last dapat call dari dia, pukul 4 ptg lebih kurang tadi, aku tak ingat,,,masa cakap tu,,aku cakap sambil makan keropok, dan lebih bagi tumpuan pada keropok yang aku makan,dari apa yang zul nak borak kan dengan aku,sampai zul cakap.....

"berenti la makan tu,,,cakap ngn abg dulu,nanti abg dah pegi,,nak ,makan la,, banyak pon"

aku malu sekejap,,,,apa punye gf lahh aku ni,,,,haihhh..zul perlukan my support ok najla!!...apa nak jadi kau ni najla!!,,bf lari baru tau!!


tapi walaupun aku macam ni,,,aku sangat risaukan dia!!,,,dan waktu paling best nak melayan perasaan adalah sebelum tido...ya Allah,,,harap semua akan berjalan lancar..bukan dari pihak zul je,,aku juga,,,sebab 3 hari masa zul E&E aku akan dikuarantin di rumah lect untuk aku siapkan tesis aku,,,,,fokus kerja pada penyelidikan dan kerisauan pada zul,,,,aku kat sini,,cuma boleh bagi doa,,supaya, semuanya selamat.

Apa tu E&E...mari lihat penjelasan bakal army officer ni~~



"budi bahasa mintak makanan rumah orang,,yg tu aku risau,,,kot,,makcik2 bekenan kat zul nak buat menantu demi membalas budi ke?....tak ke haruu aku,,,,heh,,,,,ape najla ni,,,,patut kau risau lau zul tak makan!!!"


tak banyak yang zul terangkan kat aku,,tapi yang pasti,,,macam misi melepaskan diri dari tahanan la
kena lari,,,,ada 3 check point, tak silap aku,,yang boleh bawak cuma kompas, lilin,baju yang dipakai,,,macam biasa baju loreng,spender tak pakai kot,,pakai tight,,nasib bagi pakai baju,,lau kena lepaskan pakai tight saja...lagi senak,,calar balar badan balik kem,,,

yang aku tak leyh tahan,,anggaran perjalanan dia,, adalah 90km!!! berjalan kaki!!!.....lebih kurang la~~plus minus,,,,

lagi laaa aku hampir nak pengsan jap masa zul gtau,,,tapi dia boleh je gelak  dengar aku tekejut berukk....n boleh lagi cakap,,,"malasnya nak pegi,,,(dalam nada baru bangun tido)..."....ape yg aku respect kat army ni,,,moral dierang memang mantap,,mental jarang nak koyak, kalau koyak pon buat2 tak koyak la kan.huhu..oh my heroo!!,,,

agi idup agi ngelabann ahhh!!!,,,,eh pehal aku semangat kanang pulak ni???,,,choi!!!....terover disituu,,teeeeett

3 hari ni aku rasa berdebar la pulakk,,,,sebelum ni pernah je zul masuk hutan,,tapi kali ni,,ada sedikit debaran di situ,,,dan aku harap semua berjalan lancar,,takde perkara tak diingini berlaku,,insyaAllah,,,

kesian jugak kat zul,,semalam nak manja2 n borak dengan aku,,aku pulak sibuk dengan asigmnet yang nak dihantar pagi tadi,,tekilan juga,,,,,yang mampu hanya mengiringinya dengan doa~~niat betul insyaAllah, semua berjalan lancar,,hope so~~

Monday, 21 November 2011

Tak Ada Tajuk

lately aku tersangat sibukk,,
takda masa nak fikir pasal Zul
hahhaha,,,
soryyy
tapi sempat juga gaduh-gaduh manja

malas dah nak fikir pasal life dia yang sibuk itu
kasihan juga dia dapat gf yang langsung tak reti berdikari
garang juga seperti singa
manja mengalahkan seekor arnab
tak boleh kena marah
ye,,akulah manusia tu,,,,,sekali zul marah aku,,8 kali aku marah die balik
hahhaak,takda la,,,,tak suke kena marah,,,
jadi jangan tinggi suara dengan aku,,
sekali pon
ingt tu zulhilmy

doa dia cepat balik,,,
habiskan training yang pelik dan jelik itu
kembali seperti manusia normal
hurmm
rindu awak,,,
hahahak,,,,
jangan nak mengada sangat la najla
hurmm....



my hero~~hurmmmmmm
^^........IMU~~

Tugasan 3..."VID SERAM"

yang ni,,,memang aku lepak la,,,,2 kali jugak buat,,,mula2 mmg seram abis,,,,
wat kat tempat "panas"
nasib vid mula2 tak jasi sebab gelap sangat,,,
so wat lagi sekali,,,haiyooo...ape pon hayati vid ini.....

 ada ke patut aku yg jadi pelakon yg kene "tutttttt""...
tapi takpe,,demi kawan2,,sanggup bekorban juaaa
janji dapat A paper ni!!,,,,
owyehahhh!!!




selamat malam!!!!!!!
lalalalalal

Vid yang Direject!!

ni vid yang mula2 kami hantar untuk tugasan vid clip~~~
macam begok je aku rasa masa wat menatang ni,,,,,
aku kelihatn over acting yang teramat sangat~~
tah~~,,,,patut part yg agak terover buleyh di cut~~tapi,,,,,layanje laaa
aku tengok tak ok,,kawan2 aku tengok ok,,sooooo
terpaksa la aku tahan malu yang maha hebat untuk vid yg telah mejatuhkan populariti aku sebagai artis syok sendiri

dulik mak la senah!!,,,janji,,mak wat keje mak!!,,siap apda masanya!!
vid kena wat lagi sekali,sebab kawan-kawan yang lain tak kelihatan dalam vid...
ahhh~~.....bagus juga,,,buat bende ni,,,,
tau sebab ape,,,,
dah rasa cam bangang dalm vid pon
kat luar,,,,wat muka rilek2 macam takde perasaan sudahhh!!!



oh,,najla,,,,rosakkk,,,rosakkkk,,rosakkk lagu ni kau buattt!!!!!!!!
ok bai