Friday 3 February 2012

Kahwin Muda (dari mulut aku yg lezer)

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 

Jadi, mengapa berkahwin? 

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. 

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. 

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. 

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. 

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. 

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. 

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. 

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. 

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? 

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. 

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. 

Tapi cuba fikir, perlu tidak? 

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? 

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. 

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. 

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding? 

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. 

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. 

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. 

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? 

Harga lampin pakai buang? 

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? 

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. 

Pening!! 

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. 

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. 

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. 

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. 

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. 

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. 

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. 

Buat apa menyusahkan suami? 

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. 

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. 

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. 

Berkahwinlah! 


PENDAPAT PEDAS DARI AKU




psyko gak minah ni,,ada yg betul~~benda ni terpulang la pada individu...kalau rasa mampu,,,buatka atas kemampuan...yg jadi masalah bila kau tak mampu,tapi ko nak takek jugak,,,sakit la lepas kawen,tak ukur baju kat badan sendiri...jadi la masalah,,,cara minah ni cakap macam la semua yg wat wedding ribu2..becerai berai,,tak bahagia,cerai berai tu atas Allah la,,panjang ke tidak jodoh kite,,mcam mana kita jaga

dah ko stdent..takda duit,.mmg la kawen mcam tuh,,cuba lau ko ada duit,,aku ingat,,,takda ko nak akad je~~tak payah nak menipu diri laaa~~...kawen pon ada hukum dia..wajib,harus,sunat,haram~~tu pon tak kan tak tau~~ko rasa dengan kau yg tak mampu masa tu,means laki ko laa,ko kawen...kat mana hukum ko??pegi bukak kitab munakahat laaa

kawen cara melayu atau cara islam??eh...kalau melayu konfem islam la..lampi jugak kau ni.aku paham la maksua ko,,,nak cakap yg hukm utamakan benda wajib~melayu pada adat,,p statment ko ni,,dah macam nak kata ada melayu yg tak islam~~ni mesti tak belajar teori islam ni,,,,

pokok pangkalnyee~terpulang la pada individu.,,kalau kau mampu,,go on~~asalkan jgn membazir-bazir..kalau tak mampu,,buat sekadar yang mampu.selagi tengkuk laki ko tak tejerat~~ok laa

suami bukan utk dibebani tapi utk disenangi..isteri bukan utk dibeli,,tapi dikasihi,,,kau tau ke tidak dah kawen ko ni atas tanggungjwb laki ko??..mmg dan jadi satu beban atas kepala laki ko,,,isteri bukan utk dibeli,,ko tau tak dalam islam mas kawen itu wajib???ape ke lampi otakk ko ni~~~sape ajor kau pakai beli2 segala ni~~tu mahar tu~~cenderahati suami utk ko??paham??

Buat ape duduk macam tunggul depan org??..ngekk jugak ko ni,,,ko tau tak kawen tuh,,memang perlu dihebahkan,,dan ko mmg la kana tayang muka,,biar org kenal,,ooo,,ini yg kawen,,lau ko kawen menyorok dalam bilik,,,org tak nampakk,,org tak kenal,,,lepas tu ko keluar bekepit ngn laki ko timbul fitnah~~adoy lampi 2 kali la otak ko~~yg jadi masalah ko duduk atas pelamin pakai baju nampak lurah dada~~tu yg masalah reti??

ape pon aku paham la maksud ko,,,yg cos kawen skrg wat ramai org garu kepala pk,,macam mana nak kawen dengan harga macam ni,,sebab tu kena simpan duit...tak dapat banyak sikit~~asal ada,,,bukan kanwe FREE!!~~benda ni akan ajar ko laki bini,,menyimpan,,,nampak tak??adat pon mendidik supaya ko belajar menyimpan,,menabung~~~reti??kalau ko dah gatal sangat~garikkk...ko tahan nafsu~~puasa!!

 Ini juga suatu isu. Ada golongan berpendapat, janganlah diambil hadis tentang anjuran berkahwin itu sekerat2. Sabda Nabi s.a.w : " Wahai pada pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, kerana kahwin itu boleh menjaga pandangan dan boleh menjaga kehormatan. Jika kamu tidak mampu maka berpuasalah, kerana pada puasa itu ada penjagaan ".

ni mesti ko amik yg part warne biru je kan???...lampi 3 kali la ko ni~~~heheh,,,mintak maap la bebanyak lau bahasa aku agak sengal p kalau nak tau lagi banyak pasal kawen. tengok je la kat link ni~~
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=16543.0


No comments:

Post a Comment