ok,,hari ni nak kongsi tentang sedikit isu, yang aku dapat masa berblogging. apa ye? ok...selalu kan nampak irang bersolat, tak tinggal solat, setiap masuk waktu solat tak pernah mis, tapi pernah tak kite terfikir macam ni,,,
"solat tak tinggal tapi perangai,,,yaAllah tak mencirikan orang beriman"
okeyh, solat bukan sekadar solat, buat beberapa pergerakan je,tapi lebih dari tu, rugilah kalau kite dirikan tiang agama ni tapi tak kukuh, mari kita tengok kenyataan ni
"Manusia yang tidak mampu membentuk diri mereka melalui solat ialah mereka yang tidak memahami maksud setiap bacaan yang dibaca ketika bersolat dan juga mereka yang tidak mengambil berat tentang solat itu sendiri. Ramai yang tidak memahami setiap bacaan dan sekadar membacanya dan juga ada yang memahami namun tidak ambil peduli dengan setiap bacaan tersebut. Sebagai seorang manusia yang soleh, perlulah memahami setiap bacaan yang dibaca dalam solat. Memahami bacaan bermaksud memahami maksud kalimah yang dituturkan. Ramai orang tahu makna kalimah-kalimah yang dituturkan, sama ada secara ijmali atau tafsili, tetapi tidak dapat menghayatinya. Hal ini sangat penting kerana dengan memahami setiap maksud bacaan itu, dapat memberikan kefahaman dan dengan itu dapat menyumbang kepada khusyuk dalam solat seperti mana yang perlu setiap muslimin lakukan. Sebahagian daripada kita tahu kalimah tersebut tetapi tidak tahu makna disebaliknya. Jadi, dengan itu solat mereka tidak mampu mengelakkan diri mereka daripada melakukan kemungkaran( Dr Amran Kasimin,117). Maksudnya kita masih belum lagi memahami setiap apa yang kita lafazkan di dalam solat, bahkan kata-kata yang dilafazkan itu masih belum lagi mampu untuk masuk ke hati, melekat di situ dan meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada diri dan setiap perbuatan kita. Oleh kerana itu, solat 5 waktu sehari semalam tidak mampu membentuk mereka kerana mereka sendiri yang mengabaikan solat itu dengan tidak memahami maksud-maksud dan mengamalkan setiap perintah yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. "
credit : http://www.islam2u.net
Kenapa kita masih buat kemungkaran walhal kita menjaga solat, daripada pendapat atas ni,kita paham la, kita bukan patut kerjakan solat je tapi memahami bacaan kita, jadi dia akan meresap dalam jiwa, dan merasa Allah dekat disisi kita,jadi kita tak kan buat kemungkaran, Beerti solat kita khusuk,,
"Allah tidak berjanji untuk menjamin hidup kita sentiasa bahagia tanpa onak dan duri, tapi Allah berjanji untuk sentiasa berada disisi hambanya,"
sekadar sedikit ilmu di petang Jumaat,,,,selamat beramal~~;)
No comments:
Post a Comment