salam....dan selamat menjamu selere~~heh??ape kena mengena???tak hadoo
minggu ni..maka lengkaplaa pengajian dan titian yg aku jalani dalam menimba ilmu semester ke 5 tahun 3
jadi ape yg aku nak cerita...tentang kursus yang aku ambil, wajib ambil BBM 3408, kesusasteraan dalam multimedia. maka aku diperkenalkan dengan pensyarahnya. Dr Maliza aka Dr Notts!!
banyak susah senang yg aku lalui la untuk kursus ini, setakat lebam mata tak cukup tido itu biasa, keja berkumpulan dan ye kami di latih untuk kerja berpasukan, sorang buat spoil semua kena. sorang buat taik suma kena jawab. jadi kadang2 dalam kursus ni, kite fikir tentang semangat satu kumpulan, bukan senang nak keja dalam kumpulan ni, ye bukan senang, tugasan individu senang nak dibuat tapi yang berkumpulan tak payah cakap la, masing-masing ada komitmen, memandangkan masing2 minor tak sama,jadual pon tak sama,nak cari masa yang semia free memang susah,
lagi ganas mencatat rekod selama 2 tahun sentengah pengajian aku, keje kumpulan aku tak pernah bergaduh dan bertikam lidah, tapi kali ni yes aku bergaduh, sebab aku ni malas cakap-cakap belakang, dalam kejadian tuh, aku sorang je yang depend untuk mereka-mereka yang tak nak bersuara, ganas juga bunyikny mulut aku mmg lezer~~heh?, tapi, itu adalah satu cara yang baik juga,,sebab lepas meluahkan semua tak da yang disimpan dalam hati. masing-masing ambil ikhtibar.
tu kawan sepasukan, pensyarahnya pula, Dr Notss,, kerja memang banyak, tiap2 minggu ada je keja dapat, jadi terima jela,,kelas dia lebih banyak kepada praktikal. kuliah agak kurang. macam-macam la yang di ajar,semua berkaitan dengan bidang multimedia. buat video, tangkap gambar, buat majalah, buat calender, adobe, dan blog ni juga adalah salah satu tugasan dia~~haaa,,bocor rasia!!!
Dr notts juga seorang pensyarah yang sangat sempoi, suka sangat style dia,,kadang aku tengok sikit ada macam kakak aku punye style. huhu. lagi satu, dia pon agak lawak, tu pon aku suka, cara dia yang sempoi tu dan cara dia bagi kuliah dalam kelas sangat rileks. tak da la skema. penuh dengan gelak je laa kelas dia. tapi jangan dilupakan, Dr Notts juga seorang yang terliti, satu bab masa. jangan la datang lambat kelas dia, sila patuhi masa,yang kedua, pakaian, dia juga tak suka pelajar nampak selekeh, kalau boleh pakai kasut sepanjang kelas, lagi aku tak tahan dia suh pakai high heel, lagi melaram lagi bagus katenya~~huhu
beliau juga boleh dikatakan lembut dalam tegas, ya dia tegas, tapi beliau sangat bertoleransi, teringat aku waktu aku tak datang kelas dia, mati matilah aku ingat aku kena tolak markah, tapi lepas jumpa dia dalam bilik, dia mintak aku betulkan dan terangkan kenapa aku tak datang kelas dia dalam blog, huhu~~~
afzan, nik, adam, fateha,
afzan..muka penat, snap masa way video,,berminat??tak payah, tunang orang ni..
nik fazli. pelakon terhebat. poyo juga kekadang
sapa ni,,?pembaca berita RTM. Dr Jessica.
adam, atas moto, kila awek adam, afzan
coursemate
banyak lagi gambar, tapi tak tau duk kat mana, mesti tertanye kan sape Dr Notts, nak kenal tengok sini
Buat Dr maliza~~terima kasih tak terhingga~~